السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pada malam tadi 21 November 2013 telah berakhirnya Mesyuarat Khairat Bil. 03/2013. Pihak Pengurusan ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada AJK dan ahli yang sudi hadir serta berkongsi cadangan dan permasalahan, dengan bertujuan untuk memantapkan lagi PBKKAM pada masa akan datang.
Antara agenda dan perkara untuk dikongsi bersama-sama ahli pertubuhan:
1. Permasalahan kutipan yuran
Mohon kerjasama ahli-ahli untuk menjelaskan bayaran tertunggak dan jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Bendahari Pertubuhan.
2. Persetujuan untuk penggunaan laman web
Sebagai salah satu cabang untuk berkongsi maklumat dan hebahan. Sebarang cadangan untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan dari semua ahli pertubuhan.
3. Cadangan memperkenalkan Biro-biro
Bagi tujuan memantapkan lagi pengurusan pertubuhan seperti: Mohon pandangan semua ahli.
a. BIRO SEBARAN & PROMOSI
b. BIRO KEBAJIKAN & MAJLIS
c. BIRO PENGURUSAN JENAZAH
d. BIRO LOGISTIK
e. BIRO KUTIPAN & SUMBANGAN
4. Cadangan aktiviti-aktiviti tambahan
Antara yang dicadangkan seperti:
a. Kuliah atau kelas dengan kerjasama Bahagian Dakwah Jabatan Agam Islam.
b. Taklimat Keselamatan berkaitan dengan Kebakaran.
Sebarang pandangan dan cadangan dari Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.
